Electronics Press Releases
SEE OTHER BRANDS

Your best source on electronics news from the world

Cip Reka Bentuk Vietnam Membawa Gelombang Baharu ke Pasaran

HO CHI MINH, Vietnam, July 01, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- CT Group menganjurkan satu siri acara penting menjelang sambutan Ulang Tahun ke-33 syarikat itu (29 Jun 1992 – 29 Jun 2025) dan menandakan penamatan pelan 3 tahun pertama dalam perjalanan 30 tahun kedua. Pelbagai rancangan dan acara penting lain turut dijadualkan sepanjang separuh kedua tahun ini.

Salah satu acara kemuncak ialah Majlis Pelancaran cip IoT, yang direka bentuk sepenuhnya oleh jurutera tempatan Kumpulan ini. Menggunakan teknologi reka bentuk semikonduktor CMOS dan III/V, cip ini dilancarkan secara rasmi pada 29 Jun 2025 di Ho Chi Minh City.

CT Group sedang menubuhkan pusat reka bentuk cip yang memberi tumpuan kepada penyelidikan dan mereka bentuk cip AI, IoT serta cip khusus untuk UAV, Pertahanan, 5G/6G, AI, penderia dan loT. Kumpulan ini juga membangunkan teras harta intelek (IP) dan modul fungsi untuk reka bentuk SoC (System-on-a-Chip) bagi memastikan keupayaan autonomi dalam pembangunan cip. Teknologi IP ini membolehkan penciptaan komponen ADC/DAC dengan modulasi FSK/LoRa/OFDM, unit pemproses neural (NPU), pemproses isyarat digital (DSP) dan banyak lagi. Setiap teras IP ini direka bentuk untuk disesuaikan dan diskalakan mengikut keperluan teknologi dan aplikasi tertentu.

Encik Nguyen Van Duoc – Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPV), Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran dan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Bandar Ho Chi Minh (kanan) bersama Encik Tran Kim Chung – Pengerusi CT Group semasa Majlis Pelancaran cip IoT yang direka bentuk oleh jurutera Vietnam

CT Group merancang secara strategik untuk menguasai teknologi fotolitografi semikonduktor. Walaupun kini beroperasi menggunakan model fabless (reka bentuk di Vietnam dan melaksanakan fotolitografi secara luar), kumpulan ini sedang membina rangkaian kerjasama global serta membangunkan pasukan jurutera pakar bagi merealisasikan matlamat tersebut. CT Group telah mencadangkan pelaburan kerajaan dalam peralatan fotolitografi dan menyasarkan integrasi menegak penuh (daripada reka bentuk hingga ujian) menjelang tahun 2030, demi menjamin keselamatan cip negara, terutamanya bagi kegunaan pertahanan. Selain daripada itu, CT Semiconductor, cabang kepakaran ATP (Pemasangan, Pengujian, Pembungkusan) dalam CT Group, sedang menubuhkan tiga loji ATP (dua di Selatan, satu di Utara), dua pusat R&D (di Ho Chi Minh City dan Hanoi) serta dua pusat khidmat pelanggan di Silicon Valley dan Phoenix.

Berkenaan Kelebihan Pasaran: CT Group mempunyai kelebihan kukuh dalam pasaran menerusi permintaan sedia ada dalam sektor UAV, IoT, ekonomi ruang hampir (near-space) dan pertahanan. Ekosistem bandar pintar kumpulan - yang merangkumi peranti sensor, kamera AI, modul kawalan tenaga dan sistem pemantauan pintar, memerlukan cip AI dan IoT, manakala kedudukan CT UAV sebagai peneraju dalam sektor UAV menyediakan peluang untuk ujian dan aplikasi secara langsung. Sebagai konglomerat pelbagai industri dengan rangkaian global, CT Group berada dalam kedudukan yang sangat kukuh.

Kelebihan Sumber Manusia: Kumpulan ini mempunyai pasukan jurutera yang sangat berpengalaman dalam reka bentuk cip semikonduktor serta bekerjasama dengan institusi terkemuka seperti Universiti Teknologi (VNUHCM) dan Universiti Can Tho dalam pembangunan bakat. Ia juga menjalinkan kerjasama dengan pakar domestik Vietnam, luar Vietnam (Viet Kieu) dan antarabangsa dalam bidang rekaan cip, sebagai penasihat teknikal utama.

Kelebihan Infrastruktur: Inisiatif ini disokong oleh ekosistem CT Group yang merangkumi pusat penyelidikan, kemudahan pengeluaran dan institusi latihan. Loji ATP miliknya bersedia untuk proses pembungkusan dan pengujian cip.

Kelebihan Lain (jika ada): Satu kelebihan strategik utama ialah komitmen terhadap pelaburan asas dan jangka panjang dalam industri semikonduktor, dengan pelan pembangunan cip dalam bidang yang strategik seperti telekomunikasi, AI, IoT, UAV dan 5G/6G. Usaha ini sejajar sepenuhnya dengan hala tuju strategik kerajaan dalam pembangunan teknologi semikonduktor.

Pada masa ini, CT Group memiliki keupayaan untuk mereka bentuk cip kompleks menggunakan teknologi CMOS 2nm yang canggih. Ketika ditanya tentang ADC/DAC di ChatGPT, jawapan yang diberikan menekankan peranan penting komponen ini dalam semua peranti elektronik pintar. ADC (Penukar Analog-ke-Digital) berfungsi menukar isyarat analog daripada sensor (seperti suhu, bunyi, cahaya dan sebagainya) kepada data digital yang boleh diproses oleh komputer atau cip. Sebaliknya, DAC (Penukar Digital-ke-Analog) mengubah data digital kembali kepada isyarat analog untuk mengawal pembesar suara, motor atau peranti luaran yang lain. Tanpa ADC dan DAC, pemproses moden akan menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dengan dunia sebenar.

Penukar ini memainkan peranan penting dalam pelbagai industri kritikal seperti penjagaan kesihatan (mesin ultrabunyi, pemantau kadar degupan jantung), pertahanan (radar, kawalan senjata), pertanian pintar (penderia persekitaran, sistem pengairan automatik), automobil pintar (kamera, penderia LiDAR) serta peranti AI bersaiz kompak seperti mikrofon dan pembesar suara pintar.

Selain daripada itu, CT Group mencadangkan agar 30 April 2025 diiktiraf sebagai Hari Semikonduktor Vietnam bagi menegaskan kekuatan perpaduan nasional dalam fasa baharu pembangunan negara.

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/412db468-bc89-43d3-96e4-f1aa9c3e0cd6


Hubungan Media : thi.tran.m@ctgroupvietnam.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service